waa...ari ni kami sekelas sangat gembira buat pertama kalinya kitaorang dapat kumpul dan makan bersama sebelum brek holiday bermula...memang best lah..terasa ikatan persahabatan antara kami semakin erat..kepada semua member PPISMP SN07 sem 3 korang "memang A lah" semoga persahabtan kita kekal abadi terpahat di hati.Selamat bercuti kepada semua, lepaskan lah segala kerinduan kamu yg terpendam selama ni kepada insan tersayang yg menanti kamu pulang ke pangkuan ..sayang korang semua muahhhhh! ( eeee bikin galik )
- Angel~Kulas~Press~Sherry~Ayu~Er~Leng~Rine~May~Nuhul
~Jia~Korno~Mael~Pok~Mas~Lollyn~Sanjit~Bexx~Bone~Radzie-
BICARA BUAT TEMAN
Saat semburat jingga di langit
merangkak gelap
menyambut pelita malam
tersentak aku dari lamunan
yang panjang
Hanya keranamu
rintik-rintik hujan
membasahi bumi
seakan mengerti
perasaan ku yg kekosongan
di landa tinta kesedihan
Teman,
saat itu masih segar di ingatan
Suka, duka, Tangis tawa
kita harungi bersama mencari
erti sebuah kejayaan
Namun
segalannya telah berlalu
engkau dan aku tidak seperti dulu
kita terpisah jauh berbatu-batu
Tahukah kamu teman?
tika perpisahan itu nafasku
umpama di leher
diriku umpama jejak nelayan
di gigi pantai nan biru
yang hilang
bila setiap kali di hempas
Saai itu
terpaksa ku relakan sebuah
tangisan tanpa melodi
Mengiringi perpisahan kita
walau tanpa izinku
Benar katamu teman
hidup ini masih panjang
tak guna meratapi, menangisi
terlalu lama
kerana pada satu kemugkinan
yang berlaku kita pasti bertemu
Sebaliknya
senyumlah di hujung tangisan mu
moga engkau tahu rahsia
di sebalik perpisahan itu
yang menginginkan kita
mencapai sebuah kejayaan
yang hakiki...
0 comments:
Post a Comment