
APA YG SEDANG ANDA CARI DARI MAKNA DAN ERTI CINTA??? AKU MENGIMBAU JANGANLAH KITA TERBUAI DENAGN KATA CINTA, KERANA CINTA BISA MEMBUAT KITA BISU, TULI DAN BUTA. KADANG-KADANG ORANG KUAT BISA MENJADI LEMAH DAN SEBALIKNYA ORANG LEMAH BISA MENJADI KUAT! SEMUANYA HANYA KERANA C.I.N.T.A
Amat menyakitkan jika mencintai seseorang, tetapi tidak di cintai olehnya. Namun lebih indah unk mencintai tetapi tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu dia apa yg kita rasakan. Petikan mesej kawan saya yg di hantar kpd saya melalui friendster, “ hanya perlu satu minit unk menhancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari unk mencintai seseorang tetapi kita memerlukan seumur hidup unk melupakan seseorang”
Mugkin tuhan menginginkan aku unk bertemu dgn orang yg tidak tepat sebelum bertemu yg tepat. Jadi ketika akhirnya bertemu dgn org yang tepat, aku akan lebih tahu betapa berharganya anugerah tersebut.
Hal yg menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti, pertama kali merasakan perasaan yg luar biasa ini..sangat berlainan.sungguh.. tetapi perasaan itu pada akhirnya menjadi tidak bererti dan aku harus membiarkan dia pergi.
Ketika pintu kebahagian tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu, sehingga kita tiada masa melihat pintu lain yang telah terbuka buat kita.
Aku merasakan bahawa teman yang terbaik itu adalah teman di mana ketika aku dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah aku kehilangannya satu masa dahulu. Tetapi benar juga bahawa aku tidak tahu apa yang hilang sehingga sesuatu itu hadir dan datang semula.
Memberikan seseorang semua cinta yang aku ada tidak pernah menjamin bahawa dia akan mencintai aku juga! Aku tidak mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah terlebih dahulu dan ambilah sedikit masa untuk tumbuh di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan cinta tumbuh di dalam hatiku.
Ada hal yg sangat ingin aku dengar tetapi tidak pernah aku dengar dari orang yg darinya yang aku ingin dengar. Aku terlalu tuli untuk mendengar kata hatinya..aku teringat pada dialog dlam sebuah filem cinta apabila hero dan heroinnya berkata “ jangan pernah berkata selamat tinggal jika kamu ingin mencuba. Jangan menyerah selama kamu merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kamu tidak mencintai orang itu lagi, bila kamu tidak ingin membiarkannya pergi “ – ……
Cinta datang kpd orang yg masih mempunyai harapan walaupun mereka telah di kecewakan. Kepada mereka yg masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yg masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yg mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.
Aku teringat pesan dari ustazah sekolah menengah ku dulu, jangan melihat dari wajah kerana itu bisa menipu. Jangan melihat pada kekayaan kerana itu bisa menghilang. Pesannya, datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana sebuah senyuman dapat membuat hari gelap menajdi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yg dapat membuatmu tersenyum…
Pernah tak korang rasa situasi macam nie…ada saat dalam hidup kita dimana sangat merindukan seseorang. Sehingga kita ingin mengambil org itu dari mimpi dan angan yg kita cipta dan memeluknya dgn erat. Tak kisah lah org yg kita rindu itu kawan baik kita, ibu bapa atau adik beradik…bg ku berharaplah apa yg kita mimpikan, pergilah kemana kita ingin pergi, jadilah sesuai dgn keinginan kita, kerana kita hidup hanya sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yg kita inginkan.
Semoga kita semua mendapat cukup kebahagian untuk membuat kita bahagia. Cukup cubaan untuk membuat kita kuat, cukup penderitaan untuk membuatkan kita manusia yg sesungguhnya dan cukup harapan untuk membuat kita bahagia.
Cuba kita renugkan kata-kata bijaksana ini..Kata-kata tanpa fikir mengakibatkan perselisihan, kata-kata yg kasar bisa membuat celaka, kata –kata yg tepat waktu dapat mengurangkan ketegangan. Kata-kata cinta dapat menyembuh dan menenagkan.
Oleh itu permulaan Permulaan cinta adalah dgn membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai dengan keinginan kita. Dengan kata lain, kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka…
Dan mata pun sangat mengantuk…….cukuplah sampai di sini dulu...
0 comments:
Post a Comment