Setiap perjalanan dalam hidup dan kehidupan kita sering diganggu oleh pertanyaan – dimana dan bagaimana ia berakhir? Mugkin saja pertanyaan sebegitu boleh disifat sebagai pertanyaan nakal kerana ia juga yang membuat manusia terburu-buru, tidak sabar, terlalu mudah membuat tanggapan. Lalu kemudiannya, membiarkan hampir setiap keindahan pengalaman seharian dalam kehidupan itu berlalu begitu sahaja. Ibarat kita melintasi satu kawasan yang menghijau – kerana tidak sabar untuk sampai ke destinasi kita mugkin sahaja membiarkan keindahan pemandangan indah itu belalu begitu sahaja. Sedangkan hal sebegitu mugkin tidak akan kita nikmati serta rasai lagi untuk kali kedua dan seterusnya – itulah pengalaman yang pertama dan yang terakhir.
Hal yang serupa juga terjadi dalam kehidupan. Setiap langkah terburu-buru dan tidak sabar kerana ingin segera sampai ke destinasi, membuat terlalu banyak keindahan yang hilang dan terlepas dari pandangan. Ibarat menyuap makanan, jika terlalu gelojoh dan gopoh, bukan sahaja kemugkinan tergigit lidah, tetapi juga keindahan yang hilang. Menyuap makanan – demikian juga kehidupan ini, tujuan bukanlah menghabiskan makanan secepat dan sesingkat mugkin, melainkan menikmati setiap kunyahan. Setiap gerakan mulut sebenarnya melahirkan keindahan.
Dalam hidup dan kehidupan juga tersedia terlalu ramai sahabat yang betindak melulu dan terburu-buru. Ketika tamat pengajian, ingin segera bekerja. Setelah bekerja, terlalu ingin cepat naik pangkat. Kemudian tidak sabar-sabar ingin mempunyai perniagaan sendiri. Setelah memiliki segala yang di ingini, baru terasa banyak sekali keindahan yang hilag dalam kehidupan kita. Tiada lagi gurau senda sahabat ketika kita berada di bawah dahulu. Ketulusan dan kejujuran orang lain juga hilang, tidak seperti ketika kita menjadi orang biasa-biasa. Dahulu yang datang memang benar-benar menjadi sahabat berteman, tanpa ada niat lain yang berselindung. Peluk dan ciuman anak isteri yang dahulu sering hadir kerana waktu sentiasa ada. Setelah merenung kembali, baru kita sedar bahawa dalam setiap langkah hidup yang terburu-buru, banyak sekali yang hilang dan tercicir di belakang. Dan di ganti dengan apa yang ada kini serta masa depan yang kering, gersang kontang dan penuh ketakutan.
Dengan cahaya kesedaran seperti inilah, seramai ramai ‘pejalan kaki’ di dunia kejernihan berhenti mendadak. Bukan berhenti berusaha, melainkan berhenti daripada terus terburu-buru dan berhenti diganggu oleh pertanyaan nakal – dimana dan bagaimana berakhir? Kemudian bersahabat serta berpelukan dengan kesecuian. Berjalan dan tetap berjalan, melangkah ke destinasi yang sama, cuma tidak lagi membiarkan keindahan berlalu tanpa rasa syukur.
Untuk sahabat-sahabat yang sudah belajar berpelukan mesra dengan kesucian, kemudian ada kekuatan yang mengajar untuk melahirkan keikhlasan. Berbeza dengan fikiran yang serakah memilih sukses dia atas gagal, benar diatas salah, baik di atas buruk. Keikhlasan bukan sahaja memilih…semuanya sudah. Sedang dan berjalan dengan sempurna! Seseorang mengungkapkan, ‘somotimes surrender means giving up trying to understand and becoming comfortable with not knowing.’
Ikhlas mugkin berhenti berusaha untuk mengerti. Bahkan ketika tidak mengentahui pun kita masih merasa aman dan nyaman. Pada zaman di mana manusia baru menyedari aman dan nyaman, tiba-tiba ada yang mengatakan belajat aman dan nyaman ketika tidak tahu. Dan ternyata ada benarnya. Tidak semua sudut hidup dan kehidupan mampu kita ketahui. Tiga pertanyaan penting dalam kehidupan – dari mana kita datang sebelum kita lahir, kenapa ada di sini, kemana pergi selepas mati??? – merupakan bahagian-bahagian yang tidak mampu di ketahui. Ilmu pengetahuan tidak mampu berjalan sedemikian jauh. Teknologi sudah berkembang tetapi jawapan terghadap tiga pernyataan tadi belum mampu di huraikan sepenuhnya.
Indahnya, begitu manusia terbiasa dengan situasi aman dan nyaman dalam ketidaktahuan, pintu-pintu keindahan seperti terbuka di sana-sini. Jangankan ketika menyuap makanan, menarik dan menghembuskan nafas juga ada indahnya. Jangankan ketika sehat, tatkala sakit pun masih mampu melihat hikmah yang tersirat.
29/05/08
0 comments:
Post a Comment