Thursday, September 11, 2008

Diantara aku dan ramadan...?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tak sangka pejam celik2x dah hampir ke pertengahan bulan Ramadan.sekarang dah masuk fasa pengampunan, kerahmatan dan keberkatan dah berlalu..Syukur kerana masih berkesempatan berada di bulan mulia untuk mencari keberkatan. Semoga kemalasan tidak menguasai diriku dan kita semua. Semoga dapat ambil peluang ni untuk menigkatkan amal ibadah solat tarawikh, amalan sunat, dan selalu membaca Al-Quran.

Bila tengok junior2 baru ni, teringat plak masa first time berpuasa Sem 1 kat IP ni, memang amat menyedihkan sebab jauh dari family. Mesti durang pun rasa apa yg kami rasa dulu. Teda yg masak unk sahur, teda yg kejutkan..ehmmm masa tu rasa sangat nak balik rumah. Masa tu, bangun sahur pun malas. Tidak bersahur tu dah jd perkara biasa. Tapi tu peristiwa setahun lepas, posa kali ni lebih baik sikit. Sebelum tido siapkan sebotol air (baki air moreh kat surau) dgn roti atau biskut di meja study. Bunyi sahaja alarm HP terus teguk air...kemudian tidur semula. Sabarjelah. Roti dgn biskut tu kadang2 buat perhiasan jak. Sebabnya, awak pagi2 macam gitu memang malas nak makan. Tp yang peliknya kalau di rumah bukan main laju bersahur. Semua benda pun nak makan (tidak termasuk benda yg tak boleh dimakan).

Ermmm....bulan puasa ni kuliah still jalan macam besa. Jangan nak ngada2 teda kuliah. Sekarang Ip tengah Buzy dgn pilihan raya. Peduli lah mereka, malas mau kisah. Nanti buat undi rosak jak lah, tak pandai memilih takut nanti tersalah pilih plak. Tp bencana plak menimpa aku, ingat boleh lak relax2 pas hantar separuh drp kkp dan kkbi, kena ikut pantun plak..ayoyo sangat memenatkan kena turun latihan. Harap2 tak jd lah pertandingan tue, coz tarikh bertanding tu sama dgm exam..hu hu hu Walaubagaimanapun, Puasa bukan penghalang elak diri drp buat keja. Kerja still on jak, kiranya dlm puasa ni dapat menilai diri sendiri samada taat atau tidak. Bulan ni syaitan kena ikat, jd tak berpeluang nak menghasut buat dosa, tp kalau ada juga yg buat dosa entah lah, rasanya org tu yg setan kot...ehmm kadang2 aku pun terbuat dosa gak...?

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Mata tak boleh meliar, telinga tak boleh dgr benda2 yg tak baik like mengumpat atau yg seangkatan dengan nya. Mulut kena banyak zikir, baca Al-quran, cakap2 baik, tak boleh marah2, walaupun sememangnya mulut ni jenis lazer tak bertapis dan cepat naik stress...kaki tak boleh pi tempat tak elok, tangan mau jaga...ermmm susah jugak tp ini lah hakikat puasa. Hati pun mau jaga juga....hu hu hu sangat payah...

Bulan ramadan ni yg best sekali masa berbuka. Ibarat menyambut kejayaan...tak sabar nak tunggu petang ni berbuka kat cafe. kan best kalau petang ni dapat makan cendol hu hu hu tapi teda jual...walauapapun semoga ramadan ini dapat membawa untuk menyusuri sebelas bulan yg mencabar. . oh ya mengenai fadilat solat tarawikh tu, sebenarnya bukan lah hadis sahih dan tak boleh pakai. Thanks a lot to Yakuza coz bg komen dan teguran pasal benda tu. Akhir sekali, Mudah-mudahan ibadat kita semua di terima Allah. Amin

0 comments: