Friday, January 23, 2009

Suatu hari di di pagi cuti...

Aku seorang yg pemalas unk up date blog.Kenapa? entahlah aku pun tak tau. setiap kali aku dah masuk NEW POST aku dah tak dah idea atau mugkin juga kerana kesibukan. Tapi yang peliknya aku punya masa untuk tetap membaca blog kwan2 yg len. walaupun blog aku ni tiada yg mahu baca, aku tak kisah yg penting i am still one of the blogger in MALAYSIA. Jadi untuk hari ini aku mesti post sesuatu.

Sudah masuk 2 minggu aku bergelar mahasiswa di IP ini pastinya 2 minggu yang pertama ini kehidupan ibarat bertahun-tahun lama. Untuk 2 minggu ini sahaja sudah di lambakkan dengan byk kerja. Bukan nak mengeluh tapi ini lah dunia sebenar seorang mahasiswa yang pasti di rasai oleh semua mereka yang bergelar mahasiswa. sangat mencabar,tulah bukan senang nak senang dan bukan bukan susah nak susah. MAri kita tengok apa yang berlaku sepanjang dua minggu ini....

Minggu Pertama...

Ahad- 11/01/2009
Hari Pertama aku masuk ke IP selepas berct selama sebulan lebih, aku sangat merindui tmp ni tiada perubahan selain asrama kami yg sudah berpagar. ibarat penjara sahaja, alasan nya unk keselamatan . Hari tue aku datang awal sikit, ari ahad pagi. Selepas mengambil kunci dengan senior yg bertugas pagi tue, aku terus ke bilik untuk membersihkan bilik baruku. Aras dua, dan buat pertama kalinya aku duduk searas dengan mereka yg sepatutnya.2 jam lamanya aku bertungkus lumus memebersihkan bilik tu. Kemudian aku pun memindahkan barang2 aku yang BANYAK dari Akasia (asrama belakang) Ke ALAMANDA(asrama tmpt aku tinggal skrg). kemudian aku menerima roomate baru KPLI petang tue jugak. Org sandakan, bagus. Belum pun sempat aku melepaskan penat, Terus c Kertu warden tue suruh aku pindah. Huh suka ati mak bapak tiri dia jak suruh aku pindah. dia tak nampak kah td aku setengah mati memindahkan brg tadi. Oleh sebab aku ni seorang yg malas nak bertekak aku ikut jak cakap dia.Dia pindahkan aku ke aras 1 dan berromate dgn angkatan yg selama ini aku benci sekali. Tak payalah aku bg tau di di sini. jd aku habis pindah bilik hampir lewat tengah malam....


12/01/09-13/01/09
Selesai mendaftar pagi tue aku balik bilik awal untuk mengemas barang2 aku yg berselerakan. Kelihatan ramai sekali manusia pagi tue, pendaftaran KPLI ambilan Januari 09. Tp aku tak peduli sagt. Petang tue terus kami ikut taklimat.dan keesokan harinya sama jugak, boring ikut ceramah MPPB...

14/01/09-17/01/09
hari pertama masuk kelas. tiada apa2 yg menarik semua muka yang sama dengan perangai yg sama.ada seorang makhluk tuhan nie, adui meluat tul aku nampak. dari hari pertama sampai skrg asyik nak cari gaduh jak. entah apa motif dia. lantak lah kau yg penting aku bahagia dgn hidupku. Result MUET kuar ari khamis, dan seperti yg aku duga dapat 2 jak. aku ambil keputusan ambil semula unk bulan 5 nie. jd sehingga jumaat kelas mula mcm biasa. Byk subjek baru, lecr pun baru dan semestinya assigment pun baru.cuti sabtu yg terganggu dgn kuliah ganti unk ct CNY...

18/01/09
Ahad, aku balik umah. aku suruh POk format lap top aku. sangat teruk sehari semalam unk menformat semula. tak dapat guna XP2 lagi so aku tukar ke vista. up date lah konon dah masuk degree nie. tp dengan lap top celeron REM 516 ni sangat payah unk di guna. Elaun lum kuar lagi...

MinGGU 2

Kuliah pagi bermula mcm biasa. taklimat BIG hari isnin di lantik jd pengerusi. Oh tidak aku membayangkan kehidupan ku yg bakal di penuhi dgn kesibukan dan stress semestinya. untuk sepanjang minggu ni aku mula sibuk dengan urusan BIG, assigment, kerja kumpulan, pembentangan,ISL , meeting JPP dan urusan peribadi. Aktiviti JPP berjalan seperti yg aku rancang, unk aktiviti pertama dr exco pendidikan km buat English of The day setiap hari selasa. respon dari pelajar positif tp masih juga guna bahasa melayu unk bertutur termasuklah aku he he he..tidur malam maintain jam 11 dan bangun pukul 5. disiplin konon huh harap dapat di patuhi....untuk minggu ni tarikh tak spesifik coz setiap hari pun mcm sama jak tiada benda menarik unk di ceritakan. oh ya pasal roomate baru aku, dulu aku menganggap durang ni lah makhluk yg paling teruk dlm tmpt ni. Tapi sekarang tidak lagi. Tak kenal maka tak cinta kan. dia seorng yg baik, kuat men game, suka tido lambat, hormat dgn roomate, KU, atlet KAGUM. setakat ni aku masih dpt bertahan lg. setidak-tidaknya unk satu sem ni...

Dan unk pagi nie, hari pertama cuti CNY, ada kursus pengurusan kewangan. mgkin ari sok baru balik umah...so sehingga itu sahaja...peace

0 comments: