
Sedang duduk di tepi tingkap menghayati pemandangan petang selepas hujan. cuaca yang lembap menyukarkan aku untuk tidur petang. Entahlah, sejak beberapa minggu kebelakangan ni aku jarang sangat tidur petang. bila malam menjelma mata terasa sangat berat meminta untuk di lelapkan. Seharian yang sangat sibuk dengan urusan Kelas, BIG,JPP dan Koperasi. Petang ni tenang sangat. Tiba-tiba lamunan ku terhenti. Aku mengalihkan perhatian ku kepada seseorang. Perempuan. Bertopi kebun dan lengkap berkasut. Mak cik kebun yang sedang membersihkan daun-daun yang berguguran di tiup angin semasa hujan tadi. Tekun dan sabar. melihatkan perempuan itu tiba-tiba aku teringatkan mak aku di rumah. Apa lah yang sedang di buatnya sekarang nie? rindu pulak untuk menatap wajahnya yang cukup memberikan ketenangan. Aku mencapai telefon bimbit dan mendail no hp mak. akhirnya suara yang ku rindukan selama ni kedengaran di telingaku. Aku terus berbual dengan mak sambil menikmati pemandangan petang tue, walau tidak bersua muka tp aku puas...
0 comments:
Post a Comment