Hari ini mcm biasa aku pergi sekolah untuk tugasan SBE.Hari jumaat, hari kelima aku SBE.Esok hari terakhir, sebab ada sambutan Maulidul Rasul.Tapi hari ini ada sesuatu yang lain dari hari yang lain berlaku. Ada sesuatu yg aku belajar hari ini. Cerita mengenai seorang murid di sekolah itu.
Ceritanya begini, budak ni seorang ketua kelas tahun 5 dan baru sahaja selesai bergaduh dgn kawan sekelas dia. Budak ni duduk kelas belakang dan mukanya ciute berkulit putih. Aku panggil dia dan bawa dia ke tepi padang, tempat yg sangat sesuai unk bercerita dgn budak tue. Kebetulan budak tue tiada kelas, cikgu tak masuk...
kenapa bergaduh? budak tu tunduk diam...pura2 memperbetulkan tali kasut hitamnya. Aku terus membuka bicara. Aku duduk lebih dekat dgn budak tue. Kamu tahukah? dulu2 masa cikgu sekolah di sini cikgu selalu duduk tepi padang ni.Cikgu dulu selalu kena buli, kalau cikgu ada masalah jak mesti cikgu datang sini, menangis. Budak tu mula ada respon yg baik. Napa cikgu kena buli?..hemmm sebab dulu cikgu lemah. Kamu tinggal di mana? Di batu tiga cikgu. Aku memperbetulkan lengan bajunya yg selekeh di gulung sampai ke siku. Kulitnya yang putih menunjukkan ada kesan lebam di tangan budak tu, mugkin kesan dia bergaduh tadi. Adik beradik berapa orang? 6 orang cikgu.oh..anak yg keberapa? Aku anak ke tiga cikgu. Bapa kerja apa? ermm...bapa..kerja sikuriti cikgu di batu tiga. Emak kamu keja? ermmm... keja cikgu di semenanjung. Siapa jaga adik kalau bapa pergi kerja? nenek saya cikgu. kamu pandai membaca?..sikit2 cikgu.Kamu rindukan emak kamu? Budak itu tunduk...rindu cikgu. Aku mengurut2 belakang budak itu. Kamu sayang emak kamu. Dia menangis. Aku membiarkan dia seketika, kemudian dia mula bersuara, saya rindu betul dengan emak saya cikgu. Sudah lama dia pergi semenanjung, tapi belum balik lagi. Budak itu mula bercerita lagi. Di rumah bapa selalu pukul saya dan adik-adik. Pagi tadi dia pukul tangan saya sebab minta duit ke sekolah. kamu nakal di rumah? Tidak cikgu, saya tidak nakal, saya jaga adik-adik saya cikgu. Nenek saya selalu sakit. Budak itu menangis terus menangis. Sangat terharu. Seperti ada satu bebanan yg sangat besar di dalam diri budak kecil itu. Dia terus menangis. Saya rindukan mak saya cikgu dan terus menangis lagi. Boleh kamu janji dengan cikgu? Janji apa cikgu? Janji untuk tidak bergaduh dan belajar bersungguh-sungguh. Boleh cikgu. Tapi saya tak pandai cikgu. Tidak mengapa yg penting kamu mahu berusaha dan tidak nakal lagi. Angin di tepi padang berhembus lembut, menambahkan suasana nyaman pagi itu...kamu ada no telefon emak kamu? Ada cikgu.Budak itu mengeluarkan sekeping kertas yang sudah lusuh hampir koyak dari poketnya. Tadi pagi saya ada telefon pakai telefon awam cikgu, tapi tak dapat cikgu. Budak itu kelihatan suka bila aku mendail no fon yg diberi tadi. Maaf, no telefon ni sudah tidak dapat dihubungi. Budak itu tunduk lagi, diam mengelap air di kelopak matanya. Tak palah cikgu saya mahu masuk kelas sudah. sekejap lagi kami PJ cikgu. ok, janji dengan cikgu yg kamu tidak akan bergaduh lagi. ok cikgu. Budak tu terus berlalu masuk ke kelas...
Kemudian aku ke bilik kaunseling. Menceritakan kejadian tadi dengan guru kaunseling sekolah. Budak tu memang mangsa penderaan. kami dan lama memerhatikan budak tue. selalu saja bergaduh. kesian juga dengan dia, tapi kami tak dapat buat apa2 sebab takut budak tue diapa-apakan dengan bapak dia. kalau pihak sekolah repot polis, mesti susah hidup budak tue tiada bapa nanti, tiada tempat bergantung. Emaknya pulak tak dapat dihubungi. aku mendengarkan penjelasan yg di ceritakan oleh cikgu itu. kesian betul budak tu, kecil2 lagi sudah menangung beban yg berat...
Sedang, duduk di bilik guru. kejap lagi boleh balik. tunggu bell jak......Tringggggg!!! bunyi loceng, huh akhirnya boleh balik. Kemudian datang seorang murid mendekati meja ku. budak pagi tadi. Cikgu, dia mengapai tangan kanan ku dan menyalam aku sambil mencium tangan kanan ku. sangat terharu masa tue. Saya balik dulu cikgu. Bye...dia berlalu meninggalkan aku yg masih lagi terkejut berdiri... Hai Mail!! pandai betul kau ambil hati budak tue, setahu saya budak tue sangat nakal dan tak hormat cikgu.Kata cikgu yg duduk kat sebelah aku. Aku hanya senyum dan terus pergi meninggalkan bilik guru...
Bil TNB 22 ribu?
3 weeks ago
2 comments:
mail rasanya ko dah buat aku sangtt terharuuuu..aghhhh beginilah seorang cikgu yang kita mahu heheheh kisah budak ini sangt sedih....buat aku merasakan apa yang dia rasa.....rasanya tak salah aku mengucapkan tahniah sama ko sebab cara pendekatan yang baik untuk mendalami hati seorang kanak2......hehe kisah ini sebenarnya telah memberikan aku satu kesedaran yang cukup mendalam........mudahan sahaja budak itu berjaya suatu hari nanti..insyaAllah...Cikgu Mail u rawks!
tq sam...
Post a Comment