Friday, September 18, 2009

Balik Umah

salam,

Balik cuti raya. Tp kali ni sangat berbeza. Mak suruh balik rumah baru. selama ni aku mengelak sahaja untuk tidak mahu balik kerana tidak mahu berpindah ke rumah itu. Tapi kali ni aku tidak boleh menghampakan permintaanya kerana sambutan raya akan di buat di sana buat pertama kalinya.Perasaan sangat keberatan, lebih suka rumah yang lama. Banyak kenangan disana, 18 tahun aku membesar di sana. Mana mungkin tempat tu aku boleh lupakan dengan mudah. walaupun kecil tapi aku rasa sangat selesa. Banyak pokok buah di belakang umah. Ada kunang2 yg cantik waktu malam.Tingkap bilik yang luas, tempat kegemaran aku tengok bulan dan bintang waktu malam. Halaman rumah, tempat aku bermain bunga api masa kecik2 dulu. pasti rumah tu akan terbiar nanti, tiada lagi orang yg akan membakar pelita menerangi halaman rumah malam raya nanti.hermmm....

Tiba di rumah, perasaan masih tidak selesa. Mak tersenyum bangga, meraihkan kemenangannya memaksa aku ke sini. Persekitaran dan suasana yang baru. Agak besar dari rumah yang lama. Belakang umah tiada pokok buah. Halaman umah yang baru di turap. Jiran2 baru.Bagaikan berada di tempat yang sangat asing.

Masuk ke bilik sendiri buat pertama kalinya, sangat hampa. Pemandangan tingkap menghala ke sebelah selatan. Waktu malam tentu tak dapat tengok bulan dan bintang2. Akan tiada cahaya matahari yang menyinari awal pagi. Bagaimana aku boleh tinggal disini. Aku mula rindukan bilik aku di rumah lama. Walaupun terpaksa berkongsi dengan adik, tp aku tak kisah. Di sana aku boleh melihat bulan dan bintang waktu malam dari tingkap. Tingkap yang menghala ke timur,cahaya pagi yang indah menerangi di awal pagi. Tapi disini, jauh berbeza.

Aku membuka lap top. Mugkin ini sahaja, satu-satunya yang mengembirakan aku di tempat ni signal line 3G yang sangat baik. Mengeluh panjang...nampaknya aku terpaksa belajar untuk mencintai tempat ni...huh

1 comments:

Shamsudin said...

wah dalam diam, rupanya berumah baharu........di mana tuh yah?..hehe memang susuah melupakan tempat yang kita sudah biasa, namun mungkin ada hikmah disebaliknya...cuma perlu diberikan sedikit peluang barangkali...siapa tahu?