Friday, May 11, 2012

menulis semula

setelah hampir 2 tahun blog ini kosong hari ini aku terasa untuk menulis semula ya, belajar unk menulis semula p/s: terima kasih sahabat atas dorongan kamu : )

Wednesday, December 23, 2009

Sungguh berat Tuhan menguji...

tiada lagi aku tertahan dgn ujian ini...
i hv no words to say. its just too hard..TOO HARD!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, December 5, 2009

Sepi itu tidak indah lagi...

Salam,

kalau dulu sepi itu indah
kini tidak lagi
aku mula merasakan kesunyian
biarpun bibir mengukir senyuman
walaupun aku di kelilingi dengan org2 yg aku sayang
dan wajah mengekspresikan sejuta keriangan
tapi sebenarnya
jauh di sudut hati
jiwa aku KOSONG
Mengapa Sang Pencipta menciptakan kesunyian???

Adam duduk didalam syurga
yang dipenuhi dengan segala nikmat
yang tidak pernah terlintas akan di hati
pun merasa sunyi akhirnya
mungkin di situlah
Sang Agung menciptakan kesunyian
dan mencampakkan ke dalam hati Adam
lalu diciptakan Hawa
dari tulang rusuk Adam sendiri
agar tidak merasa sunyi lagi

Walau dicampakkan kebumi sekali pun
yang penuh dgn kesengsaraan dan derita
jauh kebahagian drpd syurga
namun Adam tidak merasa sunyi lagi
kerana Hawa ada

Kekosongan itu sudah mula dicampakkan
Adakah perlukan seorang Hawa juga???
untuk membuat jiwa ini terisi
dari kekosongan
dari kesunyian
Mugkin hawa itu sudah tercipta
atau juga mugkin tidak
Biarlah Dia yang menentukan
Kerana hanya Dia yg berhak menentukan
waktu dan pertemuan
kalau tidak didunia ini
pasti ada di hari kemudian
indah bukan...
Hebatnya rancangan Sang Agung Mulia

betul...terasa sangat sunyi skrang.
Bodohkah aku meluahkan semua ini@#$%^&**?/&^%$:(

Thursday, December 3, 2009

Fikirkan...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

Sunday, November 29, 2009

Saya semakin dewasa

saya terlupa, masa telah berubah, saya semakin dewasa.

dan hari ini, fantasi dan realiti bukan lagi tentang ruang permainan saya.

ia adalah ruang untuk bermain. hapus keterbatasan dan bebas limitasi. selagi belum dipanggil pulang, selama itu ruang ada untuk keseronokannya.

boleh berlari jauh dan melompat tinggi, panggil seramai kawan main bersama, asal jangan bising di belakang rumah jiran. ruang sedepa boleh diisi rasa gembira semua, boleh berdekah hilai tawa.

itu gambaran bila aku bermain dan begitu juga kamu bukan?

tetapi, kenapa kini, bila bicara tentang ruang untuk bermain, suasana tidak semeriah dahulu. mungkin teman di sisi tidak berkurang, tetapi keseronokan bermain telah hilang. mungkin diganggu belenggu? mungkin ada yang buat tidak rasa selesa untuk bermain sepuasnya. mungkin ada ragu, rasa bimbang atau gusar. mungkin yang dicari adalah rasa sempurna, terlupa bahawa ketika bermain, keseronokan itu yang memberi erti, lebih dari segalanya.

apa yang membataskan ?

ke mana ruang bermain itu telah hilang sebenarnya..?

Sunday, November 1, 2009

susahnya mau cakap...

salam,

Sangat banyak benda yang berlaku sejak kebelakangan ni. Tak tau mau tulis macam mana. Mau memulakan saja sangat payah. Serabut dalam kepala. Biarlah malas mau pikir panjang2.
Sejak kebelakangan ni banyak sangat mereka yang datang berjumpa dengan ku. Bercerita pasal masalah mereka. soal peribadi, kehidupan, percintaan, pelajaran, dan mcm2 lagi. Anehnya, mengapa mereka begitu mempercayakan aku untuk meluahkan segala apa yang mereka rasa. Aku bukannya rapat sangat pun dengan mereka.Kadang2 aku bfikir gak, muka aku ni ada muka kaunselor kah. padahal aku sendiri pun ada masalah gak. Tapi aku tak tau mau cerita kat siapa. Mendengar luahan mereka, hati terasa simpati. mcm2 masalah mereka ni. Aku bukanlah pandai sangat menasihati orang jauh sekali untuk menyelesaikan masalah mereka.Kadang2 aku menjadi pendengar pasif sahaja. Cuba bayangkan, mereka bercerita soal hati, perasaan dan masalah cinta mereka sedangkan aku mana pernah merasai semua itu. Tapi yang anehnya, bila aku memberi pandangan dan nasihat seolah-olah aku sangat arif akan masalah mereka.Seolah-olah aku pernah mengalami masalah yang sama dan punya jalan penyelesaian. Lepas cakap2 dengan mereka, terus hati mereka mejd lega.Baguslah kalau hati kamu sedikit lega, tapi aku mcm mana. Siapa yang sudi mendegarkan masalah aku? Siapa yang sudi memberi nasihat dan membuatkan aku bisa bersemangat kembali? Aku perlukan seorang kawan untuk semua itu. Aku betul2 perlukan seorang kawan yg aku boleh percayai.Masa ketawa dan bergembira mereka akan ramai di sekeliling kita tapi bila kita berduka dan terasa sendiri mereka semua akan pergi menjauhi. Bunyinya seperti orang yang tidak puas hati saja. Tidaklah, aku terima bah semua tu mmg susah mau cari kawan yg betul2 kita boleh percayai sekarang. Tapi aku pasti orang itu ada cuma aku tidak perasan saja. Tapi ini tidak bermakna aku tidak akan mendengar masalah orang lagi, selagi ada yang mahu menceritakannya dan mempercayai aku selagi tu lah aku akan terus mendengar dan membantu sikit2.huh~~~

p/s - Sebenarnya, aku suka gak jd kaunselor ni ala2 Dr Fadilah Kamsah plak (temberang betul kan) he he he

Thursday, October 22, 2009

KisAH Orang yang Banyak Cakap

Seorang ibu terbaring disebuah katil di hospital. Dia sedang bertarung dengan nyawanya untuk melahirkan seorang bayi. Sangat menyiksakan. Dia menggunakan seutuh tenaganya untuk memastikan bayi itu dapat keluar dengan selamat. " Puan kena berusaha cepat, kalau tidak bayi puan akan lemas di dalam. Sudah terlalu lama ni". Tanpa suami di sisi, pasti keadaan pada masa tu sangat sulit. Kemudian dia mengejang lagi, dan akhirnya bayi yang sejak sembilan bulan di kandungnya keluar. Senyap...tiada tangisan. Doktor melakukan sesuatu, tetapi masih tiada sebarang respon dari sang bayi. Si ibu mulai panik dan kebingungan. Luka dan penat melahirkan tadi sudah tidak dia rasakan. Dia lebih tertumpu ke arah bayinya yang dari tadi kaku sahaja." Puan, maafkan kami bayi puan tidak dapat di selamatkan". Si ibu tidak dapat menerima hakikat itu. Dia meraung dan menangis. Berlari keluar dan menangis sepuasnya. Diluar si suami menunggu, dan terkejut akan hal yang berlaku. Dia cuba untuk menenangkan isterinya tapi tidak berhasil. Si isteri terus menangis dan meraung. Keadaan di sekitar menjadi tidak tenteram mendengar tangisan yang kuat dari si ibu. Seorang doktor lalu di situ, lalu cuba untuk menenangkan si ibu tadi. Dia membawa si ibu tadi masuk ke dalam wad tempat dia bersalin untuk melihat bayinya. "Puan, bertenang ya. Saya periksa semula anak puan. Puan berehat dulu di katil". Doktor tadi memeriksa semula bayi yang kurang dari 5 minit baru di lahirkan itu.Masih merah dan berdarah. Tiba-tiba, terdengar tangisan dari bayi tersebut. Si ibu tersentak, dia mengambil bayi dari tangan doktor tadi dan di peluknya ciumnya. Hari yang sangat bersyukur baginya.

Membesarkan bayi tersebut tidak susah bagi ibu tersebut. Tidak banyak kerenah. Tidak banyak menangis dan membesar dengan sihat. Waktu malam dikala ibu lain terpaksa bangun untuk menukar lampin dan memberi susu kerana bayi mereka yang menangis tapi tidak bagi bayi berkenaan. Si ibu risau kalau anaknya bisu atau pekak. Ternyata tahun bertambah bayi tersebut sudah pandai bertiarap, merangkak dan berjalan. Bayi itu juga sudah pandai bertatih. Si ibu lega dan bersyukur melihat anaknya membesar dengan sempurna.

Tahun bertambah tahun si bayi kini semakin meningkat dewasa. Sekolah tadika, masuk sekolah rendah melangkah ke alam remaja di sekolah menengah dan ke institut pengajian tinggi. Tapi kini keadaan sudah berubah dibandingkan sebelumnya. Si bayi yang dulunya tidak banyak menangis bertukar menjadi mulut yang lancang di alam remajanya.Dia bukan lagi bayi dulunya senyap sahaja. Dia sangat suka bercakap. Dia bercakap tanpa mengira perasaan orang lain. Dia bercakap tanya batasan. Bergurau tanpa batas seolah-olah dia sahaja yang pandai bercakap. Dia juga tidak dapat membezakan cakap ajuk dan cakap pindah. Sepatah yang di sampaikan akan menjadi berpatah-patah kalau sudah sampai ke mulutnya. Menyusahkan orang di sekitarnya. Pencemaran bunyi sahaja.

Huh, kesian bayi tadi kan. Kalau sahaja doktor yang satu lagi tidak merawatnya sudah tentu bayi itu tiada di dunia ini. Mungkin dia aman berada "di sana" menunggu ibunya sampai waktu yang telah di tetapkan. Sekarang di terpaksa hidup memikul tanggugjawab yang besar. Oleh sebab dia banyak bercakap, maka akan banyaklah khilafnya. Maka akan semakin banyaklah dosa-dosa yang terpaksa ditanggungnya. Tapi bagaimana pula dengan nasib ibunya kalau bayi tadi tidak di selamatkan? Mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku...syukurlah buat bayi tersebut masih ada peluang dan ruang untunya hidup di dunia ni. Sebab itu, sampai sekarang si ibu masih boleh senyum dan meneruskan hidup. Mungkin sudah takdir. Jalan masih panjang buat bayi yang kini sudah dewasa.Masih banyak waktu dan peluang untuknya. Di hadapan sana, masih banyak lagi yang menantinya. Sukar untuk dia ramalkan. Walauapapun hidup mesti diteruskan.!

Azan maghrib berkumandang. Sekian.