Saturday, December 5, 2009

Sepi itu tidak indah lagi...

Salam,

kalau dulu sepi itu indah
kini tidak lagi
aku mula merasakan kesunyian
biarpun bibir mengukir senyuman
walaupun aku di kelilingi dengan org2 yg aku sayang
dan wajah mengekspresikan sejuta keriangan
tapi sebenarnya
jauh di sudut hati
jiwa aku KOSONG
Mengapa Sang Pencipta menciptakan kesunyian???

Adam duduk didalam syurga
yang dipenuhi dengan segala nikmat
yang tidak pernah terlintas akan di hati
pun merasa sunyi akhirnya
mungkin di situlah
Sang Agung menciptakan kesunyian
dan mencampakkan ke dalam hati Adam
lalu diciptakan Hawa
dari tulang rusuk Adam sendiri
agar tidak merasa sunyi lagi

Walau dicampakkan kebumi sekali pun
yang penuh dgn kesengsaraan dan derita
jauh kebahagian drpd syurga
namun Adam tidak merasa sunyi lagi
kerana Hawa ada

Kekosongan itu sudah mula dicampakkan
Adakah perlukan seorang Hawa juga???
untuk membuat jiwa ini terisi
dari kekosongan
dari kesunyian
Mugkin hawa itu sudah tercipta
atau juga mugkin tidak
Biarlah Dia yang menentukan
Kerana hanya Dia yg berhak menentukan
waktu dan pertemuan
kalau tidak didunia ini
pasti ada di hari kemudian
indah bukan...
Hebatnya rancangan Sang Agung Mulia

betul...terasa sangat sunyi skrang.
Bodohkah aku meluahkan semua ini@#$%^&**?/&^%$:(

0 comments: