Thursday, October 22, 2009

KisAH Orang yang Banyak Cakap

Seorang ibu terbaring disebuah katil di hospital. Dia sedang bertarung dengan nyawanya untuk melahirkan seorang bayi. Sangat menyiksakan. Dia menggunakan seutuh tenaganya untuk memastikan bayi itu dapat keluar dengan selamat. " Puan kena berusaha cepat, kalau tidak bayi puan akan lemas di dalam. Sudah terlalu lama ni". Tanpa suami di sisi, pasti keadaan pada masa tu sangat sulit. Kemudian dia mengejang lagi, dan akhirnya bayi yang sejak sembilan bulan di kandungnya keluar. Senyap...tiada tangisan. Doktor melakukan sesuatu, tetapi masih tiada sebarang respon dari sang bayi. Si ibu mulai panik dan kebingungan. Luka dan penat melahirkan tadi sudah tidak dia rasakan. Dia lebih tertumpu ke arah bayinya yang dari tadi kaku sahaja." Puan, maafkan kami bayi puan tidak dapat di selamatkan". Si ibu tidak dapat menerima hakikat itu. Dia meraung dan menangis. Berlari keluar dan menangis sepuasnya. Diluar si suami menunggu, dan terkejut akan hal yang berlaku. Dia cuba untuk menenangkan isterinya tapi tidak berhasil. Si isteri terus menangis dan meraung. Keadaan di sekitar menjadi tidak tenteram mendengar tangisan yang kuat dari si ibu. Seorang doktor lalu di situ, lalu cuba untuk menenangkan si ibu tadi. Dia membawa si ibu tadi masuk ke dalam wad tempat dia bersalin untuk melihat bayinya. "Puan, bertenang ya. Saya periksa semula anak puan. Puan berehat dulu di katil". Doktor tadi memeriksa semula bayi yang kurang dari 5 minit baru di lahirkan itu.Masih merah dan berdarah. Tiba-tiba, terdengar tangisan dari bayi tersebut. Si ibu tersentak, dia mengambil bayi dari tangan doktor tadi dan di peluknya ciumnya. Hari yang sangat bersyukur baginya.

Membesarkan bayi tersebut tidak susah bagi ibu tersebut. Tidak banyak kerenah. Tidak banyak menangis dan membesar dengan sihat. Waktu malam dikala ibu lain terpaksa bangun untuk menukar lampin dan memberi susu kerana bayi mereka yang menangis tapi tidak bagi bayi berkenaan. Si ibu risau kalau anaknya bisu atau pekak. Ternyata tahun bertambah bayi tersebut sudah pandai bertiarap, merangkak dan berjalan. Bayi itu juga sudah pandai bertatih. Si ibu lega dan bersyukur melihat anaknya membesar dengan sempurna.

Tahun bertambah tahun si bayi kini semakin meningkat dewasa. Sekolah tadika, masuk sekolah rendah melangkah ke alam remaja di sekolah menengah dan ke institut pengajian tinggi. Tapi kini keadaan sudah berubah dibandingkan sebelumnya. Si bayi yang dulunya tidak banyak menangis bertukar menjadi mulut yang lancang di alam remajanya.Dia bukan lagi bayi dulunya senyap sahaja. Dia sangat suka bercakap. Dia bercakap tanpa mengira perasaan orang lain. Dia bercakap tanya batasan. Bergurau tanpa batas seolah-olah dia sahaja yang pandai bercakap. Dia juga tidak dapat membezakan cakap ajuk dan cakap pindah. Sepatah yang di sampaikan akan menjadi berpatah-patah kalau sudah sampai ke mulutnya. Menyusahkan orang di sekitarnya. Pencemaran bunyi sahaja.

Huh, kesian bayi tadi kan. Kalau sahaja doktor yang satu lagi tidak merawatnya sudah tentu bayi itu tiada di dunia ini. Mungkin dia aman berada "di sana" menunggu ibunya sampai waktu yang telah di tetapkan. Sekarang di terpaksa hidup memikul tanggugjawab yang besar. Oleh sebab dia banyak bercakap, maka akan banyaklah khilafnya. Maka akan semakin banyaklah dosa-dosa yang terpaksa ditanggungnya. Tapi bagaimana pula dengan nasib ibunya kalau bayi tadi tidak di selamatkan? Mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku...syukurlah buat bayi tersebut masih ada peluang dan ruang untunya hidup di dunia ni. Sebab itu, sampai sekarang si ibu masih boleh senyum dan meneruskan hidup. Mungkin sudah takdir. Jalan masih panjang buat bayi yang kini sudah dewasa.Masih banyak waktu dan peluang untuknya. Di hadapan sana, masih banyak lagi yang menantinya. Sukar untuk dia ramalkan. Walauapapun hidup mesti diteruskan.!

Azan maghrib berkumandang. Sekian.