Sunday, November 29, 2009

Saya semakin dewasa

saya terlupa, masa telah berubah, saya semakin dewasa.

dan hari ini, fantasi dan realiti bukan lagi tentang ruang permainan saya.

ia adalah ruang untuk bermain. hapus keterbatasan dan bebas limitasi. selagi belum dipanggil pulang, selama itu ruang ada untuk keseronokannya.

boleh berlari jauh dan melompat tinggi, panggil seramai kawan main bersama, asal jangan bising di belakang rumah jiran. ruang sedepa boleh diisi rasa gembira semua, boleh berdekah hilai tawa.

itu gambaran bila aku bermain dan begitu juga kamu bukan?

tetapi, kenapa kini, bila bicara tentang ruang untuk bermain, suasana tidak semeriah dahulu. mungkin teman di sisi tidak berkurang, tetapi keseronokan bermain telah hilang. mungkin diganggu belenggu? mungkin ada yang buat tidak rasa selesa untuk bermain sepuasnya. mungkin ada ragu, rasa bimbang atau gusar. mungkin yang dicari adalah rasa sempurna, terlupa bahawa ketika bermain, keseronokan itu yang memberi erti, lebih dari segalanya.

apa yang membataskan ?

ke mana ruang bermain itu telah hilang sebenarnya..?

0 comments: