Tuesday, November 18, 2008

Tersebutlah Kisah....





Al-kisah tersebutlah cerita pada zaman ais batu baru dahulu. Di sebuah tempat yang cukup aman makmur dan permai di sebuah kerajaan yang bernama IP Tawau Purakencana yang terletak di negeri Balung Sakti Keramat . Adapun kerajaan ini di tadbir oleh seorang permaisuri yang sangat berwibawa dan tegas yang bernama Yang Mulia Agung Ratu Permaisuri Masni. Sesungguhnya negeri ini sangat indah dan kaya dengan hasil bumi penduduknya yang menanam kelapa sawit.

Adapun Kerajaan IP Tawau Purakencana ini merupakan sebuah tempat yang sangat terkenal sebagai tempat menuntut ilmu persilatan dan telah banyak menghasilkan pendekar dan pahlawan yang terulung dan gagah perkasa. Hatta, di tempat tersebut mempunyai ramai penuntut-penuntut yang datang dari pelbagai ceruk dunia dengan tujuan menuntut ilmu persilatan. Setiap tahun pengambilan pelajar baru untuk memasuki tempat tersebut di buat dengan sangat tegas. Pelajar-pelajar yang ingin menuntut di tempat tersebut perlu di nilai dari pelbagai aspek dan diuji terlebih dahulu sebelum layak menuntut ilmu di sana. Maka dengan itulah ramailah para muda mudi yang datang untuk mencuba nasib agar dapat terpilih menjadi penuntut di sana. Namun, daripada ribuan yang datang hanya sedikit sahaja yang terpilih dan kebanyakannya pulang dengan perasaan hampa.

Maka pada 7 purnama yang lepas pengambilan pelajar telah bermula. Di jadikan cerita daripada pengambilan tersebut terdapat sekumpulan anak muda yang telah berjaya lulus dalam ujian pemilihan yang sangat getir itu. Adapun daripada yang berjaya terpilih terdapat sekelompok anak muda yang berjumlah 20 orang. 20 anak muda ini bakal di tempatkan sekelas bersama sepanjang mereka disana. 14 orang dara jelita dan 6 orang lelaki yang gagah perkasa lagi kacak menawan kesemuanya. Semua datang dari pelbagai tempat dari serata buana. Mereka mula berkenalan dan belajar untuk bekerja bersama sepanjang menuntut ilmu nanti. Maka dengan itu bermulalah cerita episod baru di dalam hidup anak-anak muda tersebut untuk menuntut ilmu kepahlawanan di sana.

Anak-anak tersebut di beri nama Hang Bexx, Hang Bone, Hang Corno, Hang Razi, Hang Mael, Hang Rasidin, Dang Sanjit, Dang Mas, Dang lolyn, Dang Shery, Dang Press, Dang Kulas, Dang Angel, Dang Ayu, Dang Er, Dang Leng, Dang Rine, Dang May, Dang Nurul dan Dang Jia.

Adapun mereka ini di ajar oleh Tok guru yang merupakan pahlawan-pahlawan lagenda yang telah bersara dari dunia kependekaran. Ketua Tok Guru mereka di beri nama Tok Ruslan yang mengajar mereka ilmu membuat racun berbisa. Tok Nizam yang mengajar membuat penawar sakti. Tok Pauziah mengajar ilmu alam dan manusia. Tok Normadiah mengajar mereka ilmu perubatan dan kebatinan dalaman. Tok Mahmud pula mengajar mereka ilmu fizikal kepahlawanan. Hatta ilmu mereka juga di mantapkan lagi dengan dengan pelbagai subjek lain seperti subjek mantera Keramat sakti, bermadah pujangga di kala sepi, bahasa asing, psikologi manusia serta banyak lagi. Sesungguhnya mereka sangat bertuah dengan ilmu yang dipelajari dan kemurahan hati Yang Mulia Agung Ratu Permaisuri Masni untuk menangung segala perbelanjaan sepanjang pengajian mereka.

Hatta....tanpa di duga....( bersambung)

2 comments:

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

hehehehe jgn lupa
ada Tun Teja juga kn
di IP Tawau Purakencana.
ahakxx

Unknown said...

sambung lagii..
nak bca,,
hhaaa