Thursday, December 18, 2008

BM vs BI

Secara sedar atau tidak BAHASA MELAYU sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan hanya tinggal nama sahaja dan hanya terletak diatas kertas perlembagaan. Hakikat yang perlu kita terima dan janji para pemimpin negara yang berbangsa Melayu kononnya untuk mendaulatkan BAHASA MELAYU dan meletakkannya di mata dunia ternyata meleset. Realiti hari ini BAHASA INGGERIS lah yang menjadi bahasa rasmi. Jika pemimpin-pemimpin negara yang bertanggungjawab mengubal dasar dan undang-undang negara tidak mengubah secara drastik, saya yakin BAHASA MELAYU akan hilang dan hilang tanpa di kenang. Bangsa yang aku banggakan akan lenyap. Tiada alasan yang releven untuk menggunakan bahasa asing untuk menuntut ilmu, malah ilmu itulah yang kita pelajari untuk bahasa kebanggaan kita. TIDAK SETUJU SUBJEK MATEMATIK DAN SAINS DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS. saya yakin BAHASA MELAYU mampu menjadi bahasa ilmu.

Setelah setengah abad negara merdeka, bahasa yang di gunakan antara kaum ialah BAHASA INGGERIS sementara BAHASA MELAYU menepati realitinya hanya layak menjadi bahasa latar belakang perbualan. Di Negara India yang menjadikan sistem pendidikan BAHASA INGGERIS sebagai bahasa utama sekalipun tidak mampu melahirkan cerdik pandai elit India yang mampu terfikir untuk mencipta periuk nasi automatik, traktor kecil atau generator ataupun motosikal kecil yang kesemuanya adalah penyelesaian untuk masalah Asia dimana India adalah penyumbang populasi penduduk kedua terbesar Asia dan dunia. Sebaliknya semuanya di hasilkan oleh cerdik pandai Jepun yang terdidik dalam bahasa ibunda mereka.

Jika satu masa dahulu "All MALAYA COUNCIL OF JOINT ACTION " (AMCJA) boleh memilih nama MELAYU sebagai bahasa bangsa dan kewarganegaraan bagi tanah Melayu termasuk Singapura , mengapa tidak hari ini? Jika dahulu Tun Abdul Rahman sanggup menghadap Presiden Suharto memohon mengirim guru-guru sains dan matematik ke Malaysia yang memulakan episod pertukaran aliran kebangsaan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah maka apa rasionalnya pemimpin Melayu menongkah arus sejarah dan memperkenalkan pengajaran Sains dan MAtematik ke dalam BAHASA INGGERIS. DIMANA SILAPNYA? sedangkan janji pilihan raya pertama bagi tanah persekutuan dalam manifestonya menjadikan BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan dan Rasmi dalam masa 10 tahun sesudah merdeka.

Kesannya pad hari ini boleh di lihat pada budaya "seksyen" di Shah Alam dan "president" di Putrajaya dan di bandar-bandar besar, Kuala Lumpur adalah contoh mentaliti yang lemah yang melonjakkan BAHASA INGGERIS.Begitu juga hampir sederet projek mega yang dinamakan dalam BAHASA INGGERIS seperti PWTC,KLCC,KL SENTRAL,KLIA, SIC MSC, termasuk terkini koridor ekonomi NCER,ECER,SDC dan SCORE. Apa yang di hairankan sedagkan pembentangan kewangan negara dinamakn "BAJET" oleh PM sedangkan istilah yang betul ialah "BELANJAWAN". DBP tidak pernah mengiktiraf perkataan ini. Amerika Syarikat sendiri menekankan peri pentingnya bahasa kebangsaan semasa membina negara bangsa melalui dasar bahasa mereka. Adalah sesuatu yang hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan keadaan ini....huh

0 comments: